Kelebihan Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum.. pagi-pagi lagi dah ada customer order vitamin c.. pagi-pagi lagi dah catat order.. Alhamdulillah rezeki Allah bagi hari ni.. Bukan apa, vitamin c shaklee ni laris bebenor.. asal simpan stok kat rumah je licinnnn.. macam tau2 jer ada stok kat rumah kan ? hahaha.. 


Okay, entry hari ni nak explain sikit mengenai vitamin c shaklee. Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan. 

Selain itu, satu biji Vita-C ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya. Confirm kita tak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ni setiap hari kan? Vitamin C Shaklee juga mengandungi bioflavonoids untuk meningkatkan keberkesan vitamin C itu sendiri.

Kepentingan Vitamin C dalam kehidupan seharian: 

- Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri. 
- Tubuh kita akan kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. 
- Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress). 
- Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan. 
- Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan. 

Pengambilan vitamin C Shaklee secara berterusan mampu meberikan kesan positif kepada badan kita, terutamanya dari segi kecantikan. Ini kerana ianya: 

- Membentuk kolagen dalam kulit – vitamin C Shaklee ini akan merangsang pembentukan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi tegang. 
- Mencerahkan kulit. 
- Melambatkan proses penuaan. 
- Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat. 

Selain dari sudut kecantikan. vitamin C Shaklee juga bagus untuk: 

- Meningkatkan sistem imunisasi badan. 
- Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung. 
- Mengatasi masalah gusi berdarah. 

Menarik tak vitamin C Shaklee ni? Hah apalagi, meh dapatkan sebotol. Sebotol ada 180 biji tahan selama 6 bulan. Sehari telan sebiji je.. jimat memang la jimat..

Kelebihan Meal Shakes Shaklee


Bismillahirahmanirrahim... 

Assalamualaikum uolls.. happy holiday ! holiday sempena Hari Malaysia.. Cuti2 nih la time kita untuk meluangkan masa bersama family kan.. Memandangkan bulan 9 ni promosi gempak Meal shake, beli 3 percuma 1 tin so, hari ni nak buat entry mengenai kelebihan dan fungsi meal shakes untuk kanak2 dan juga untuk kehidupan kita seharian.. haaa.. jangan ingat meal shakes ni hanya untuk kanak2 sahaja tapi sangat bagus untuk orang dewasa juga.. 


Apa itu Meal Shakes?

Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya yang sedap berperisa vanilla serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ianya kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar dengan kuat dan sihat. 


Siapa Yang Perlukan Meal Shakes Shaklee?

Sesuai untuk semua kanak-kanak terutamanya yang kurang selera makan atau yang sembelit ataupun boleh juga di minum oleh kanak-kanak obesiti. Selain itu, ia juga sesuai untuk orang dewasa (Ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit yang dalam proses pemulihan selepas operation, mereka yang inginkan kulit cantik, ingin kekal sihat) dan untuk mereka yang tidak gemar supplemen dalam bentuk tablet kerana Mealshake ni datang dalam bentuk serbuk dan dibancuh. Meal Shake ini juga bagus untuk mereka yang ingin menambah atau memantau berat badan.



6 Fakta Menarik Tentang Meal Shakes

1. Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z, Mineral dan ‘Trace Mineral’.

Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak. 

*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan. 

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel

Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya. 

*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. 

3. Untuk Pembesaran

Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar. 

*Sesuai untuk tumbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung. 

4. Anti-oksida

Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan. 

*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan. 

5. Pemulihan Kulit

Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit. 

*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus. 

6. Detox

Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut. 

*Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.


Antara kelebihan Mealshakes adalah:

- meningkatkan tahap imuniti anak khususnya bagi yang kerap demam, batuk dan selsema 
- membuka dan meningkatkan selera makan khususnya bagi anak-anak yang picky eater 
- membantu mengatasi sembelit bagi anak-anak 
- membantu mengatasi masalah asthma 
- membekalkan zat dan nutrien lengkap yang diperlukan anak-anak bagi tumbesaran yang lebih sihat dan sempurna 
- Meal Shakes juga sesuai utk seisi keluarga 

Nah... apa tunggu lagi. Jom buat pilihan yang lebih bijak daripada anak2 kita makan makanan yang kita tak tahu khasiat dan manfaatnya kan lebih elok kita bagi anak2 amalkan makanan tambahan Meal Shakes untuk tumbesaran yang lebih sihat. Jangan ketinggalan promosi yang sangat2 jimat dan hebat beli 3 tin dapat 4 tin terus.. 

Sekiranya berminat dan ada pertanyaan uolls boleh terus hubungi saya (sms / WA):

Fara - 0132706455

Cara Nak Kempiskan Perut Buncit


Hai korang, dah lama rasanya tak update blog ni. Almaklumlah kebizian melanda2. chewahhh.. okay la taknak membebel2 banyak2, just hari ni tetiba nak post entri mengenai CARA NAK KEMPISKAN PERUT BUNCIT. Haaa! siapa perut buncit ? angkat tangan sekarang! baik mengaku cepat!! hahaha.. posing dalam gambar kena tarik nafas dalam2 nak cover perut yg buncit tu kan? kih3. siapa la tu agaknya ye.

Okay korang pernah dengar HERB LAX tak? Herb lax ni bagus sangat untuk KEMPISKAN PERUT tau. Sesuai sgt la untuk korang yang tak rajin buat sit up atau bersenam. Nak tau tak apa fungsi herb lax ni dan bagaimana cara herb lax ni KEMPISKAN PERUT kita? Jom terjah kat bawah ni..

ni lah HERB LAX !



Fungsi HERB LAX:

- pembersihan najis yang tersekat
- meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
- membantu masalah sembelit
- tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
mengempiskan perut
- ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.

Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ?
- pengamal tegar ubat tahan sakit.
- mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit
mereka yang banyak jerawat
- pesakit gout
- mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen

Wakil Pengedar Shaklee

 
Bismillahirrahmanirrahim..


SENARAI WAKIL PENGEDAR SHAKLEE



SELANGOR 

NAMA PENUH: NOR SHAFIKA BT MD YUSOF
NAMA FACEBOOK: Fieka Khai
AREA: SEKITAR KUALA SELANGOR
SMS / WHATSAPP: 0176849138




PAHANG


NAMA PENUH: SITI AMINAH BT ABD HALIM
NAMA FACEBOOK: Kak Tie Kak Tie
NAMA PAGE: ORGANIC SUPPLEMENT
AREA: SEKITAR KUANTAN
SMS / WHATSAPP: 0179630070 





NAMA PENUH: SITI ZUBAIDAH BT ZABOR
NAMA FACEBOOK: Eman Aliff
AREA: SEKITAR KUANTAN
SMS / WHATSAPP: 0148369765





NAMA PENUH: NOR AZURA BT MOHD AFFENDI
NAMA FACEBOOK: Zue Nora
NAMA PAGE:
AREA: BALOK, BESERAH, SEMAMBU DAN KUANTAN
SMS / WHATSAPP: 01128937947 





NAMA PENUH: SITI SALIHAH BT SHEIKH MOHD SAHIDI
NAMA FACEBOOK: Sitisalihah Sitisalihah
AREA:  CHINI
SMS / WHATSAPP: 0148438150



Wakil Pengedar Shaklee

 
Bismillahirrahmannirrahim..
 
Okay uolls sekarang nak buat entry pulak mengenai wakil2 pengedar shaklee di bawah naungan fara.. cehh ! naungan ye ? utk sedia maklum fara merupakan PENGEDAR SHAKLEE DI KAWASAN KUALA SELANGOR dan kawasan2 berdekatan uolls boleh refer DI SINI .
 
Untuk makluman para pembaca blog kesayangan hamba ni.. selain di kuala selangor, ada juga wakil pengedar shaklee di bawah team fara di kawasan dan negeri lain seperti di Negeri Pahang iaitu di sekitar Kuantan, Balok, Beserah dan Semambu. Uolls yang berdekatan boleh terus mendapatkan produk shaklee dengan mereka. Jangan malu jangan segan. dijamin consultation dari mereka juga adalah tiptop !

Detail2 mereka u olls boleh refer DI SINI

FARA - 0132706455

Pengedar Shaklee di Kuala Selangor

 
 
Bismillahirahmanirrahim...
 
Hai u olls.. entry kali ni fara nak buat hebahan kat semua pembaca2 blog kesayangan hamba ni.. nak memperkenalkan diri bahawa fara adalah pengedar shaklee di KUALA SELANGOR. Pengedar Shaklee yang sah dan berdaftar. So, uolls yang gojes2 yang berminat dengan produk shaklee boleh mendapatkan dengan fara.

Bukan di Kuala Selangor sahaja, fara juga menawarkan perkhidmatan COD di kawasan berdekatan seperti di Jeram Sungai Buloh, Tanjung Karang, Bestari Jaya, Ijok dan di Kota Puteri. Penghantaran sehingga ke pintu rumah berserta free consultation tiptop ! consultation secara lisan ada , secara bertulis pun ada. (utk mengelakkan customer kesayangan fara lupa, siap bertaip tau !) haha. tapi tak salah pun kalau uolls nak terus call, sms dan whatsapp.. sebab kebiasaannya fara akan monitor dan follow up utk memastikan uolls mendapatkan keberkesanannya dengan produk shaklee .

Okay, ada juga customer2 fara yang rajin utk mendapatkan produk mereka sampai datang ke rumah. haa.. sangat2 di alu2kan. pintu rumah fara sentiasa terbuka untuk uolls. sambil bagi consultation sambil minum teh ! wahhhhh.. (alamat akan diberikan sewaktu uolls call,sms atau whatsapp). Bukan itu saja, fara jugak menyediakan perkhidmatan pos laju kepada customer2 yang tinggal agak jauh . (seluruh malaysia) okay sangat panjang lebar ! sebelum terlupa, uolls ingin mendapatkan produk shaklee di kawasan2 lain ? jom klik DI SINI


FARA - 0132706455

Set Kecantikan Shaklee Untuk Kulit Gebu Cerah Berseri

Bismillahirrahmanirrahim....

Hai uolls.. sihat tak ? almaklumlah cuaca sekarang ni serius terik sgt.. lagi2 kat tempat fara ni dah lama tak turun hujan.. memang panas tak ingatla . ni pun dah 5 hari batuk dan selesema tak baik2.. di nasihatkan jugak supaya minum air banyak2 utk mengelakkan kulit menjadi kering. okay2 tak nak membebel panjang2 sebab hari ni nak cerita pasal SET KECANTIKAN SHAKLEE. Terus terang cakap pasal hal2 kecantikan ni serahkan 100% pada perempuan. hehe.. pantang naik jerawat seketul kat muka mula la mengamuk tak tidur malam.. fara la tu.. memang wehh.. segala bedak sejuk, masker dan krim malam semua nak ditepek kat muka nak bagi hilang jerawat . sadis betul. Tapi sejak consume set kecantikan lebih2 lagi vitamin C kurang la sikit jerawat nak hinggap kat muka. kulit pun moist2 jer.. suka3 !! kat opis pun lepas solat tak payah heboh2 nak pakai krim tepek bedak je cukup. 

Set kecantikan shaklee ni ada 3 jenis vitamin iaitu VITAMIN E, VITAMIN C dan B COMPLEX . Setiap vitamin memainkan peranan yang penting. Jom kita tengok setiap fungsi vitamin2 set kecantikan kulit shaklee ni..


Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri

hah... ada tambahan, lagi satu untuk hasil yang terbaik fara sarankan u olls utk ambil ESP sebab salah satu kebaikan ESP adalah menjadikan kulit muka lebih glowing dan lembut. ni serius cakap sebab dah hampir setahun fara consume ESP kulit muka ni rasa lembut jer tau.. dah tak kusam macam dulu . jerawat pun segan2 je nak naik.. hihi.. tak percaya ? rugi la korang.. jimat pun jimat tak payah nak g watsons ke guardian ke nak g beli masker.. vitamin e dan vitamin c tu pun boleh buat masker wehh.. MEMANG HABIS JIMAT ! u olls yang gojes2 nak mencuba set kecantikan shaklee jangan segan2 terus dapatkan drpd fara ye. 






Qhalish dan Taman Permainan

Assalamualaikum.. hai korang... lama sgt rasanya tak update blog ni.. berkurun.. berabad.. sebenarnya takde masa nak update blog sume.. lagi2 kalau si qhalish ni ada . langsung tak boleh buat apa . suruh layan dia main je.. petang semalam firstime bawak qhalish g taman permainan kat bandar baru . nak tau apa jadi ? meh layan picture2 qhalish semalam..


kemain suke dia senyum.. sibuk nak memanjat je papan gelongsor tu . g taman tak pakai kasut . kasut dari dalam kereta dia dah tarik awal2 taknak pakai..


nampak tak tu ? sibuk nak memanjat.. yang awek comel tu anak kepada member husband . kebetulan jumpa kat situ .


 ohh mama.. makin bertambah comel sekarang . tengah gigih telan omega guard tau hari2..




sadis nak cerita time nak balik tu.. boleh pulak si qhalish ni menangis2 taknak balik.. tengah2 azan maghrib plak tu.. dah semua orang pandang . dah mcm rupa budak kena dera je . adoyaiii... takpe syg nanti cuti kita dtg sini lagi ye.. dalam kereta tak berhenti nangis . menjejeh2 air mata . kesian dia... hehe .