Kelebihan Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum.. pagi-pagi lagi dah ada customer order vitamin c.. pagi-pagi lagi dah catat order.. Alhamdulillah rezeki Allah bagi hari ni.. Bukan apa, vitamin c shaklee ni laris bebenor.. asal simpan stok kat rumah je licinnnn.. macam tau2 jer ada stok kat rumah kan ? hahaha.. 


Okay, entry hari ni nak explain sikit mengenai vitamin c shaklee. Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan. 

Selain itu, satu biji Vita-C ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya. Confirm kita tak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ni setiap hari kan? Vitamin C Shaklee juga mengandungi bioflavonoids untuk meningkatkan keberkesan vitamin C itu sendiri.

Kepentingan Vitamin C dalam kehidupan seharian: 

- Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri. 
- Tubuh kita akan kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. 
- Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress). 
- Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan. 
- Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan. 

Pengambilan vitamin C Shaklee secara berterusan mampu meberikan kesan positif kepada badan kita, terutamanya dari segi kecantikan. Ini kerana ianya: 

- Membentuk kolagen dalam kulit – vitamin C Shaklee ini akan merangsang pembentukan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi tegang. 
- Mencerahkan kulit. 
- Melambatkan proses penuaan. 
- Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat. 

Selain dari sudut kecantikan. vitamin C Shaklee juga bagus untuk: 

- Meningkatkan sistem imunisasi badan. 
- Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung. 
- Mengatasi masalah gusi berdarah. 

Menarik tak vitamin C Shaklee ni? Hah apalagi, meh dapatkan sebotol. Sebotol ada 180 biji tahan selama 6 bulan. Sehari telan sebiji je.. jimat memang la jimat..

1 comments:

Unknown said...

Good sharing fara..done blogwalk kat blog fara.;-)..visit akak balik ye..www.inarahman.com